Biografi Ibnu Khuzaimah

Nama dan Kelahiran

Ibnu Khuzaimah atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah An-Naisaburi. [2] Dilahirkan pada bulan Safar 223 H. atau bersamaan 838 M. di Naisabur, sebuah bandar di Khurasan, yang kini terletak di bahagian timur laut negara Iran. [2][4]

Pendidikan, Guru dan Murid

Beliau memulakan pendidikannya dengan mempelajari Al-Quran, dan kemudian beliau mempelajari ilmu hadis melalui seorang ulama di Marwah, iaitu Muhammad bin Hisyam dan Ibnu Qutaibah. [2] Setelah usianya mencapai 17 tahun beliau melakukan pembelajaran intelektual ke pelbagai negeri Islam; seperti ke Marwah, Rayy, Syria, Mesir, Washith, Baghdad, Basrah, Kufah dan lain-lain. [2]

Selama mempelajari ilmu pendidikan, beliau mempelajari melalui kebanyakan ulama tersohor pada zamannya, - selain yang telah disebutkan - antara lain: Ali bin Muhammad, Musa bin Sahl Ar-Ramli, Muhammad bin Harb, Abu Kuraib, Muhammad bin Maran, Yunus bin Abdul A’la, Abdul Jabbar bin Al-A’la, Ishaq bin Rahawaih, Mahmud bin Ghailan, Ali bin Hajar, dan lain-lain. [2] [4]

Sebagai seorang imam besar di Khurasan, Ibnu Khuzaimah mempunyai ramai murid, antaranya: Ahmad bin Al-Mubarak, Ibrahim bin Abi Thalib, Abu Ali An-Nisaburi, Abu Amr bin Hamdan, Muhammad bin Ahmad bin Bashir, dan lain. [4]

Meninggal dunia

Ibnu Khuzaimah meninggal dunia pada malam Sabtu berzamaan 12 Zulkaedah tahun 311 H. atau yang bersamaan dengan 924 M. ketika berusia 89 tahun; jenazahnya dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dan dikebumikan di biliknya sendiri. [2] [3]